CHOCOLATE CUPCAKE MUDAH
Resipi Chocolate Cupcake
(Tak payah guna mixer, pukul pakai tangan je)
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat
Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
Segenggam chocolate chips
Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang.
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam cup.
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit
Ataupun
Bakar dalam oven 180 degree selama err tak ingat
Resepi ini diambil daripada myresipi tapi mintak maaf tuan punya resipi,
saya lupa which one sebab banyak sangat bukak new tab. Apepon thanks
for the tip! Err anyway, untuk resipi ini, aku telah reduce semua
portion into half. Resipi aku ni boleh buat sehingga 40 small cupcakes.
Aku telah menjalankan experiment sewaktu membaking cupcakes ini. Separuh
aku kukus, lagi separuh aku bakar. Aku saja je nak test macam mana rasa
dia jikalau aku menggunakan kaedah yang berbeza-beza. Ternyata rasa
keaslian chocolate itu lebih terasa jika aku kukus. Kek akan rasa lebih
moist. Walaubagaimanapun ibu dan asfiq suka yang bakar kerana mereka
kata lebih rangup. Tapi aku suka yang kukus. Lupa nak tanya pendapat kak
Maria engkau masa dia datang ghumah hari tu.
Cup hitam adalah yang kukus. Cup merah adalah yang bakar. Terdapat perbezaan dari segi tekstur.
Lebihan batter aku masukkan dalam cup besar ni. Sonang cito.
Bagi aku senang sangat nak buat cupcake ni sebab tak payah pakai mixer.
Jimat tenaga aku nak basuh bendalah tu. I just whip the batter! Lagipun,
kos bahan murah. Aku ni memang suka berjimat baik dari segi tenaga
mahupun wang ringgit. Dan yang paling penting, rasanya sedap. Janganlah
kau kemain berjimat sampai apa pon tak boleh. Ged-dit?
Selamat mencuba!
\
No comments:
Post a Comment